Karnival Kerjaya Pemuda BN Buka Tawaran Terbaik Pasca COVID-19

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Penganjuran Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) memberikan impaknya tersendiri terutama selepas negara berhadapan dengan penularan COVID-19.

Pengunjung, Datuk Jamal Shazwan Jamaludin berkata karnival ini membuka tawaran terbaik kepada golongan yang hilang pekerjaan terutama selepas Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan.

“Kita lihat pada tahun 2020 hingga 2021 negara berhadapan dengan COVID-19 tambah pula dengan pelbagai sekatan jadi ramai yang dibuang kerja malah ada juga yang tutup perniagaan.

“Jadi peluang pekerjaan di sini memberi peluang kepada penganggur atau peniaga yang gulung tikar.

“Saya rasa penganjuran ini sangat bagus, memberi manfaat dan harapan kepada mereka yang sedang mencari pekerjaan,” ujar beliau.

Sementara itu bagi Nur Atikah Azman, beliau berpandangan sambutan memberansangkan pada karnival ini memberikan makna tersendiri terutama buat graduan yang baru sahaja menamatkan pelajaran seperti dirinya.

“Karnival ini amat bagus terutama kepada lepasan universiti seperti saya yang masih tercari-cari peluang pekerjaan,” ujar beliau.

Program anjuran Pergerakan Pemuda BN/UMNO yang telah diadakan pada 24 hingga 26 Jun di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur lalu menyaksikan lebih 20,000 tawaran pekerjaan ditawarkan meliputi kepada semua lepasan pelajaran.

Karnival yang kali terakhir diadakan pada 2017 itu merupakan acara penting selain merupakan jambatan kepada pelbagai inisiatif kerajaan dan sektor swasta dalam membuka peluang kerjaya terutama kepada golongan belia. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.