Jangan Mudah Terpedaya Dengan Dakyah Dan Fitnah – Norshida
KUALA LUMPUR, 25 Jun – Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim menyelar tindakan pembangkang yang cuba mengaburi mata rakyat untuk turun ke jalanan dengan mengadakan ‘Flashmob’ di seluruh negara.
Tegas beliau, jelas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menjaminkan bahawa kerajaan telah membatalkan keputusannya untuk menghapuskan harga siling ayam berkuat kuasa bulan depan.
“Pemansuhan AP ayam bagi dipelopori sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan diatas kemudahan ini sangat jelas semata-mata untuk menstabilkan harga ayam yang meningkat naik dan mengurangkan bebanan komuniti masyarakat.
“Langkah Kerajaan yang memberhentikan eksport ayam keluar dari negara juga merupakan arahan tegas dan signal ini menunjukan bahawa kerajaan sangat prihatin terhadap rakyat dan negara,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO Online, di sini, hari ini.
Norshida yang juga Ketua Wanita UMNO Segamat seterusnya menegaskan pengumuman Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) melalui pengalihan subsidi yang telah diberikan kepada perternak sebanyak RM720 juta juga sesuatu yang amat baik.
“Ini kerana tidak membawa manfaat kepada penurunan harga ayam komoditi akibat dikongkong oleh kartel-kartel besar yang cuba mengaut keuntungan yang lebih. BKM ini adalah salah satu usaha kerajaan demi rakyat menikmati harga ayam yang sepatutnya demi menjaga golongan yang sangat-sangat memerlukan bekalan makan asas ini.
“Pembangkang juga menipu rakyat dengan membawa dakyah dan fitnah menyatakan minyak masak akan ditarik balik bermula 1 Julai nanti ternyata tidak berasas kerana kerajaan hanya melupuskan subsidi minyak (Paket/botol) yang hanya diperkenalkan ketika krisis kesihatan pandemik covid19 bagi mengurangkan bebanan rakyat seketika dan dikembalikan pada status asalnya tiada subsidi untuk pelbagai jenis minyak masak berbotol bermula 1 Julai 2022.
“Fitnah ini jelas menipu dan memfitnah kerajaan menyatakan bahawa Minyak dinaikkan harga tanpa asas yang kukuh. Ingin saya nyatakan bahawa seluruh dunia mempunyai krisis ekonomi dan ada yang telah kritikal dan lumpuh terus, dan kita sepatutnya bersyukur kerana mempunyai Kerajaan Malaysia yang prihatin atas nama Keluarga Malaysia masih mengekalkan subsidi yang besar demi kelansungan hidup rakyat,” ujarnya.
Ujar beliau lagi, adalah sesuatu tidak adil jika turun dijalanan dengan membawa dakyah dan fitnah yang besar terhadap kerajaan yang prihatin.
“Kita sedang bangkit bersama, kita perlu menyokong sesama kita demi kelangsungan hidup masa depan. Jangan kita gadaikan seperti yang tercatat sejarah kita sewaktu PRU14 menyebabkan Negara hampir runtuh akibat dakyah Pakatan Harapan menipu rakyat dengan janji -janji palsu,” tambahnya.- UMNO Online