Adakah Thommy Thomas akan Mendakwa Muhyiddin?

Perkara mudah untuk melarikan diri dari terperangkap adalah “tidak mengetahui butiran” “ianya tidak dalam pengetahuan saya” dan sebagainya.

Mana mungkin satu Kes yang profile tinggi sebegini boleh terlepas pandang oleh seorang Peguam Negara. Dimana data penting ini boleh disorok, dan saksi adalah saksi Kerajaan yang di Panggil untuk kepentingan kes ini bagi pihak Pendakwa Raya.

Kepada yang didakwa, ibarat nasi sudah menjadi bubur, dakwaan terpilih untuk memalukan dan bukan mencari keadilan, bukan juga untuk menjaga kepentingan wang rakyat atau kepentingan Negara.

Sebagai Peguam Negara, memang memalukan apabila menjawab tidak mengetahui bahan kes mikro, buku 555 dan Ledger adalah bahan kes yang paling penting dalam pendakwaan ini, mana mungkin AG tidak melihat bahan kes ini, amat mudah dan senang untuk dilihat.

Inilah seorang Peguam Negara yang dilantik oleh Tun Mahathir untuk menjalankan siasatan terpilih demi melakukan kemusnahan kepada musuh Politik.

Adakah Latheefa Koya sebagai seorang Ketua Pengarah SPRM tidak juga melihat bahan kes ini? Sekira Peguam Negara tidak melihat mikro, apa kerja Lathefa Koya pula, samakah alasan beliau berdua?

Lathefa Koya juga lantikan Tun Mahathir untuk membawa pendakwaan terpilih, beliau seorang ahli Politik yang sudah pasti mahu melihat musuh Politiknya di malukan dan di kalahkan.

Cerita Thomy Thomas dan Latheefa Koya adalah kemusnahan sistem Perundangan dan kepusnahan sistem Penguatkuasaan Negara,

Adakah Latheefa Koya akan memilih untuk mendakwa Tan Sri Muhyddin sekarang sekira beliau masih Ketua SPRM?

Adakah Thommy Thomas akan mendakwa Tan Sri Muhyddin sebagai Menteri Dalam Negeri ketika beliau menjadi Peguam Negara dan mengetahui bahawa salah seorang penerima wang dari UKSB ?

Semasa PH memerintah, Lim Guang Eng kes digugurkan, Setiausaha Politik Mat Sabu, tiba-tiba punyai wang ratusan ribu untuk membayar hutang muflis, Rina Harun terus ada berjuta membayar wang hutang, ada kes Pasir Pegawai Menteri 1.2 Juta juga terlibat ketika 22 bulah PH memerintah. Ini semua bahan kes yang di simpan bawah karpet.

Dalam waktu kesibukan Peguam Negara dan Ketua Pengarah SPRM mendakwa musuh Politik PH, pemimpin PH dengan kuasa besar dan dilindungi melakukan rahsuah secara berleluasa. Ini tidak masuk cerita pelbagai kontrak yang dibatalkan dan diugut untuk tidak membuat pembayaran, kuasa yang digunakan untuk membuka ruang Rasuah.

Razlan Rafii

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.