KPLB Sedang Sediakan Kertas Kerja Berkaitan Elaun Pelajar Tajaan MARA DI UK

KUALA NERANG, 21 Jun – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sedang menyediakan kertas kerja mengenai cadangan untuk meningkatkan kadar elaun sara hidup pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di United Kingdom (UK).

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid kertas kerja itu kemudian akan dibentangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Kementerian Kewangan tidak lama lagi untuk diluluskan.

“Saya telah berjumpa dengan pelajar tajaan MARA yang rata-ratanya mohon supaya elaun kehidupan harian mereka ditambah sikit kerana kos sara hidup di UK semakin meningkat terutama membabitkan utiliti seperti bekalan elektrik, air, gas, pengangkutan awam dan juga sewa rumah.

“Insya-Allah saya akan siapkan kertas kerja untuk diangkat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Kementerian Kewangan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Syed Ahmad ke-48, di sini semalam. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.