Malaysia Lapor Sifar Kematian Akibat COVID-19 – Khairy

KUALA LUMPUR, 20 Jun – Buat pertama kali sejak 18 Dis 2020, Malaysia melaporkan sifar kematian akibat COVID-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

“Peralihan berterusan kita kepada endemik ditentu ukur dan dipacu oleh data. Marilah kita berdoa ia terus membuahkan hasil,” katanya menerusi akaun Twitter rasminya semalam.

Sementara itu, sebanyak 1,294,225 atau 36.5 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini sudah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.

Menurut portal COVIDNOW, sejumlah 1,737,624 kanak-kanak atau 49 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.