BN Youth Job Fair Tawar Lebih 20,000 Peluang Pekerjaan, Daftar Segera Di www.bnjobfair.com

KUALA LUMPUR, 20 Jun – Orang ramai khususnya pencari kerja dipelawa untuk menyertai Karnival Kerjaya BN Youth Job Fair yang menawarkan lebih 20,000 peluang pekerjaan.

Program anjuran Pergerakan Pemuda UMNO ini bakal diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bermula 24 – 26 Jun ini, jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Menerusi karnival ini pelbagai agensi telah mengesahkan sokongan serta penglibatan dalam menyediakan ruang kerja yang antaranya Boustead, MDV, Perkeso, HRD Corp, NIOSH, Talent Corp, TNB, Swcorp, Prima, MRCB, Plus, Open University, Aeon, Nandos, Baskin Robins, juga termasuk syarikat yang menawarkan perkhidmatan logistik dan sebagainya.

Daftar segera dan upload resume anda di www.bnjobfair.comUMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.