Ismail Sabri Ucap Tahniah Kepada Semua Pelajar SPM 2021

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada semua pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang mendapat keputusan masing-masing semalam.

Beliau yang menyifatkan perjalanan baharu pelajar berkenaan kini bermula, turut mendoakan semua pelajar yang mendapat keputusan SPM 2021 hari ini terus berjaya pada masa akan datang.

“Hari ini pastinya penuh debaran bagi semua calon SPM 2021. Walau apa pun keputusan yang diterima, saya mengucapkan sekalung tahniah. Semoga berjaya!” kata Perdana Menteri menerusi catatan di Facebook hari ini.

Menurut Perdana Menteri 9,696 calon telah mendapat keputusan cemerlang gred A dalam semua mata pelajaran. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.