Gunakan Sebaiknya, Shahanim Waqafkan Kereta Untuk Kebajikan Penduduk

KUALA LUMPUR, 5 Jun –  Prihatin dengan masalah rakyat, Datuk Shahanim Mohamad Yusoff mewakafkan kereta peribadinya untuk tujuan kebajikan di Sungai Petani.

Shahanim yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani berkata, tindakan itu bagi memudahkan masyarakat setempat yang mempunyai masalah kenderaan.

“Kereta jariah kasih sayang, Tok Nim (Shahanim) nak wakaf kereta kepada penduduk dalam Parlimen Sungai Petani yang tiada kenderaan.

“(Buat kegunaan mereka) yang nak bawa mak ayah, anak-anak sakit ke hospital atau mana-mana tujuan perubatan dan hal-hal kemanusiaan,” katanya melalui satu muatnaik di Facebook sebentar tadi.

Menurut Shahanim, mereka yang ingin menggunakan khidmat kereta jariah tersebut boleh terus hubungi beliau atau pejabat UMNO Bahagian Sungai Petani  di talian.

“Kalau sapa-sapa nak guna boleh hubungi pejabat UMNO  Bahagian Sungai Petani 04-421 0014 atau telefon saya di talian 012-408 3594.

“Andai  satu hari Tok Nim tak dak pun, Tok Nim harap kereta ini dapat bagi manfaat kepada yang memerlukan terutama anak-anak yatim,” katanya lagi.- UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.