Kementerian Diminta Percepat Projek Pembangunan – PM Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 31 Mei – Setiap kementerian telah diminta untuk mempercepatkan projek pembangunan kerana ia memberikan kesan berganda khususnya untuk menggerakkan ekonomi akar umbi.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu dinyatakan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negara yang berlangsung pagi ini.

 

“Di bawah Bajet 2022, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM40.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan asas.

“Dalam masa yang sama, kerajaan memberikan perhatian serius kepada kenaikan harga bahan binaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Beliau berkata dalam pada itu, intervensi segera juga akan diambil oleh agensi terbabit bagi mengawal kenaikan harga bahan binaan kerana ia memberi kesan kepada projek-projek pembangunan. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.