Masalah Setempat Dapat Penyelesaian Segera, Tunggu Pula Pelaksanaan Jangka Panjang

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Masalah air yang menimpa penduduk Kg Rantau Panjang di Lanchang mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan berkenaan, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin yang turun padang sendiri berjumpa dengan penduduk terlibat.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, beliau berkata penyelesaian jangka pendek untuk masalah berkenaan telah dijanjikan oleh pihak Perbadanan Air Negeri Pahang (PAIP) dalam usaha membantu penduduk terlibat.

“Saya datang dengan penduduk Kg Rantau Panjang di Lanchang, tidak puashati kerana masalah air. PAIP memberi jaminan untuk menyelesaikan dalam masa 12 hari. Insya Allah kita akan sama-sama memantau untuk kepentingan amsyarakat setempat,” katanya.

Tambah Sharkar lagi yang juga Ketua UMNO bahagian Temerloh, pendekatan serta langkah berkenaan adalah untuk jangka masa singkat manakala penyelesaian jangka panjang telah pun dirancang dan ianya telah mendapat peruntukan sepertimana yang telah diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri baru-baru ini.

“Ini untuk jangka masa pendek, sebelum siap loji RM100 juta yang telah diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri tempohari. Terima kasih diatas kerjasama,” tambahnya.

Beberapa hari yang lalu, tular di media sosial bagaimana Datuk Seri Sharkar sendiri turun padang bertemu dengan penduduk yang ingin mengadu berkaitan masalah berkenaan dan kehadiran beliau beserta pihak yang berkenaan mempermudahkan lagi pendekatan diambil untuk kekepentingan penduduk setempat.

Sebelum ini, dilaporkan, kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan kira-kira RM100 juta untuk membina Loji Air Mempatih di Lanchang, Temerloh, yang baharu.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.