Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri

PUTRAJAYA, 8 Mei — Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tiga, kanan) dan isteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin (dua, kanan) bersalaman dengan tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri 2022, di Kompleks Seri Perdana hari ini.
Lebih 5,000 pengunjung dianggarkan telah hadir pada majlis rumah terbuka itu, yang berkonsepkan suasana kampung selain dihidangkan juadah tradisi ala desa, setakat 10 pagi.
–fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA