Berkenan Berangkat Ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri

PUTRAJAYA, 8 Mei — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri 2022, di Seri Perdana, hari ini.
Keberangkatan tiba Seri Paduka di Seri Perdana pada kira-kira 11.30 pagi disambut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
— fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA