Program Menjelang Aidilfitri Eratkan Lagi Hubungan Antara Satu-Sama Lain – Rais

KUALA LUMPUR,1 Mei – Pelbagai ragam dan pelbagai acara dilaksanakan oleh umat Islam seluruh negara menjelang nya sambutan Aidilfitri yang bakal tiba.

Begitu jugalah di kawasan Paya Rumput apabila masyarakatnya bergotong-royong mengacau dodol yang turut dimeriahkan dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan (ADUN) kawasan terbabit, Datuk Rais Yasin.

Menerusi perkongsian di Facebooknya, Rais melahirkan rasa syukur dan berharap program seumpama itu diteruskan pada masa akan datang yang sekaligus mengeratkan lagi tali silaturahim antara satu dengan yang  lain.

“Meriah sungguh malam tadi apabila para penduduk di Taman Paya Rumput Permai bergotong-royong mengacau dodol di Surau As Syakirin, Taman Paya Rumput Permai sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi.

“Dapat juga Papazola beraksi seketika setelah lama memendam rasa. Tapi kita kacau kawah ada api tau.,” ujarnya.

Tambah Rais lagi, program kemasyarakatan seumpama itu adalah satu langkah yang cukup diambil oleh masyarakat setempat.

“Semoga program- program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang agar dapat mengeratkan silaturrahim antara penduduk setempat,” tambahnya- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.