Bekas Pekerja Perwaja Steel Terima Pampasan

CHUKAI, 24 April — Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) beramah mesra bersama bekas pekerja Perwaja Steel Sdn Bhd yang menerima pampasan di Pejabat UMNO Bahagian Kemaman hari ini.
Seramai 709 bekas pekerja syarikat itu telah ditamatkan perkhidmatan pada Nov 2014 menerima pampasan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM8.64 juta.
Mereka menerima pampasan berbentuk cek masing-masing antara RM3,000 hingga RM21,000 setelah tujuh tahun kes tuntutan mereka dibicarakan di mahkamah.
Perwaja yang ditubuhkan di bawah Dasar Perindustrian Berat Negara pada 1982 telah beberapa kali bertukar pemilikan dengan dilanda pelbagai masalah termasuk masalah kewangan sehingga operasinya terpaksa ditutup.