Menunaikan Solat Tarawih

PEKAN, 19 April — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (dua, kiri) dan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah (kiri) menunaikan solat tarawih berjemaah yang diimamkan oleh Pengasas Maahad Tahfiz Al-Quran Pengkalan Damar Datuk Ahmad Faizul Ghazali (kanan) di Masjiid Sultan Ahmad Shah Al-Haj hari ini.
Terdahulu baginda turut sama membaca Al-Quran pada Majlis Khatam Al-Quran sempena Sambutan Nuzul Quran dan Bacaan Tahlil Al-Marhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di masjid tersebut.
Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (tiga, kiri).

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.