Singgah Bazar Ramadan Simpang Kerayong

BERA, 17 April — Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa singgah di Bazar Ramadan Simpang Kerayong untuk bertemu pengunjung dan peniaga di samping membeli juadah berbuka puasa hari ini.
Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera kini di dalam rangka lawatan sempena Program Jelajah Semarak Ramadan selama dua hari bermula semalam di sekitar daerah Bera untuk bertemu rakyat di samping memberi sumbangan Aidilfitri kepada penduduk Bera.
–fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.