Kejut Sahur

KALABAKAN 6 April–Ketua Pemuda UMNO Datuk Asraf Wajdi Dusuki bersama-sama dengan anak-anak muda Kg Pasir Puteh Baharu keliling kampung seawal pukul 3.30 pagi dalam program tradisi kampung ini iaitu ‘Kejut Sahur’ sambil bergendang dan berkompang dengan iringan pelbagai lagu-lagu tradisi yang begitu menghiburkan. Tradisi yang menarik di samping memperkukuhkan ikatan ukhuwwah dikalangan anak-anak muda kampung. Turut bersama Adun Tanjung Batu yang juga Pembantu Menteri YB Andi merangkap Exco Pergerakan Pemuda UMNO.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.