Menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman

JAKARTA, 1 April — Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (berdiri, kiri) bersama Presiden Indonesia Joko Widodo (berdiri, kanan) menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) mengenai Penggajian dan Perlindungan Pekerja Migran Rumah Tangga (IDMW) Indonesia di Malaysia di Istana Merdeka sempena lawatan kerja Ismail Sabri ke Indonesia hari ini.
MoU tersebut ditandatangani Menteri Sumber Manusia Malaysia Datuk Seri M. Saravanan (duduk, kiri) dan Menteri Ketenagakerjaan Indonesia Ida Fauziah (duduk, kanan).