Naratif Perhimpunan Agung UMNO, PRN & PRK

1. Ketika ini saya berada di Mahkamah JB ada bicara penuh bermula hari ini. Tiba mlm tadi.

2. Seperti dijanjikan saya akan memberi pandangan saya ttg PRU14, PRK2, PRN2, PAU2021 dan PRU15.

3. PRU14 mencatat sejarah apabila UMNO/BN kalah setelah lebih 6 dekad mentadbir negara Malaysia.

4. Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan negara dgn gabungan parti2 PKR, DAP, Amanah, Bersatu, Warisan.

5. Kemenangan atas fitnah, kritikan bertali arus ke atas DSN, UMNO/BN ditambah janji2 manifesto ibarat lelongan harga murah yg pasti mendapat rebutan.

6. Rakyat yang menyangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari.

7. Kejatuhan harga sawit sekitar RM3,000 satu tan (ketika zaman BN) kepada RM1,750 pada Disember 2018 terendah dalam tempoh 12 tahun.

8. Eksport sawit negara jatuh kpd RM62 bilion bagi tahun 2018 berbanding RM77.9 billion pada 2017 dan naik sedikit ke RM63.73 bilion bagi tahun 2019.

9. Pada 19 April, 2018 indeks KLCI mencecah 1,887.75 namun setelah PH menang PRU14 prestasi bursa berada dalam tren menurun yang jelas yang mana paras KLCI hanya mencecah 1,550.47 pada 28 Januari 2020 atau kejatuhan 337.28 mata.

10. Pasaran saham Malaysia te­lah menjadi antara bursa yang paling buruk di dunia sejak April 2018 menurut laporan Bloomberg pada Jun 2018.

11. Kerajaan kehilangan sekitar RM21 billion pada 2018 shj selepas PH memansuhkan GST dan kembali kpd sistem percukaian SST namun harga barang/perkhidmatan tidak menurun.

12. Kerajaan kehilangan sekitar RM100 billion akibat penghapusan GST pagi satu penggal 5 tahun pemerintahan. Kesannya sgt besar kpd ekonomi negara.

13. Pembatalan/penangguhan projek2 & kontrak2 berkepentingan negara dan rakyat seperti High Speed Rail (HSR), Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP), Projek Fasa 2 Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak, Projek Laluan 3 Aliran Transit Massa (MRT3), projek-projek perumahan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dll.

14 Jangan lupa projek tebatan banjir berskala besar Canal City yg mendapat peruntukkan sebanyak RM3 billion pada 2007 dihentikan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yg memenangi PRU12. Mmg amalan batal projek bila menang ni kena kaji betul2.

15. Pembatalan HSR oleh PH menyebabkan kerajaan terpaksa membayar pampasan RM320 Juta kpd Singapura manakala pembatalan projek2 PRIMA kerajaan telah membayar RM172 Juta utk 17 projek dan masih berunding membayar pampasan bagi yg lain.

16. Pembatalan kontrak2 dan projek2 juga telah mengakibat puluhan ribu pekerja ditamatkan pekerjaan mereka selain ianya menghilangkan keyakinan pelabur utk berurusan dgn kerajaan Malaysia.

17. Genap 500 hari PH berkuasa, sebanyak lebih RM30 bilion aset negara telah dijual antaranya Pusat Perubatan Prince Court (PCMC) dijual oleh Khazanah kepada IHH, manakala IHH Berhad telah dijual oleh Khazanah kepada Jepun iaitu Mitsui & Co Ltd, Boustead telah menjual Hotel Royale Chulan kpd Singapura, Hartanah DUO pula telah dijual kpd Singapura dan banyak lagi aset2 dijual kpd pihak luar.

18. Pengguguran 15 kes-kes mahkamah oleh PH semasa mrk berkuasa termasuk pendakwaan kes Rasuah banglo ke atas Lim Guan Eng yg mana 25 saksi telah dipanggil memberikan keterangan.

19. Tindakan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan PH yg mengumumkan kpd Dunia bhw negara di ambang Muflis adalah satu tindakan membunuh keyakinan pelabur kpd negara akibatnya selepas PRU14 sehingga akhir disember 2018, sejumlah RM11.1 Billion Dana asing mengalir keluar dr pasaran saham negara.

20. Perlantikan pemimpin politik ke agensi penguatkuasaan seperti SPRM turut meragut kepercayaan kepada ketelusan badan penguatkuasaan negara.

21. Hakikatnya PH adalah kerajaan yg gagal sama sekali memenuhi aspirasi dan harapan rakyat yg mengundi mereka.

22. Parti PPBM atau Bersatu pula menjadi liabiliti dan duri dalam daging kerajaan PH sehingga runtuhnya kerajaan yg ditubuhkan melalui mandat PRU14.

23. Kehancuran ekonomi dan ketidakstabilan politik negara oleh PH dan permainan politik Bersatu masih belum pulih.

24. BN akan berdepan tugas yg getir utk mengembalikan semula kekuatan ekonomi negara dan mewujudkan kestabilan politik tanahair.

Saya akan sentuh ttg politik Bersatu, Perikatan Nasional dlm Siri 2.

Datuk Adnan Seman

Ketua Sekretariat Komunikasi Barisan Nasional
Timbalan Ketua UMNO Bhgn Bdr Tun Razak
Peguambela & Peguamcara

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.