UDA Salur RM50 Ribu Bagi Persiapan Kembali Ke Sekolah Kepada 200 Pelajar Di Sekitar Johor Bahru

JOHOR BAHRU, 16 Feb – UDA Holdings Berhad (UDA) menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) UDA Cares menyalurkan sumbangan berjumlah anggaran RM50,000 kepada 200 pelajar di sekitar Johor Bahru menerusi program ‘Back to School 2022’ pada 15 Februari 2022.

Setiap pelajar menerima RM200 yang berupa beg sekolah, alat tulis serta baucar Parkson untuk pembelian pakaian seragam sekolah. Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh YB Tan Sri Noh Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dalam satu majlis ringkas yang diadakan di ruang legar Angsana Johor Bahru Mall.

YB Tan Sri Noh berkata, “Inisiatif UDA ini adalah komitmen Kementerian dan agensi dalam membantu golongan memerlukan khususnya di waktu yang mencabar. Usaha murni ini harus dijadikan contoh serta menggalakkan lebih banyak syarikat berkaitan Kerajaan serta syarikat korporat yang lain menghulurkan bantuan kepada masyarakat setempat yang terkesan,” kata beliau.

Penerima sumbangan terdiri daripada pelajar dari sembilan (9) buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Sungai Danga, Sekolah Kebangsaan Kompleks UDA, Sekolah Kebangsaan Bandar UDA 2, Sekolah Kebangsaan Kampung Pasir, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Rinting, Sekolah Kebangsaan Tasek Utara, Sekolah Kebangsaan Taman Cempaka, Sekolah Kebangsaan Seri Kenanga dan Sekolah Kebangsaan Seri Melati.

YBhg. Datuk Norliza Abdul Rahim, Pengerusi UDA berkata, “Program ‘Back to School 2022’ pada tahun ini adalah salah satu langkah proaktif UDA dalam mendekati komuniti di sekitar wilayah perniagaan UDA serta meringankan beban mereka bagi menyediakan persiapan kembali ke sekolah pada bulan Mac akan datang. Usaha ini turut diharap dapat meniupkan semangat kepada semua pelajar-pelajar bagi memulakan sesi persekolahan baharu,” kata beliau.

Pada majlis tersebut, guru besar serta pelajar yang hadir turut menerima baucar Mari Mart dan membeli-belah di premis runcit tersebut yang terletak di Aras 2, Angsana Johor Bahru Mall. MARI Mart yang berkeluasan 1,914 kaki persegi itu merupakan salah satu inisiatif UDA dalam membantu usahawan tempatan khususnya Perusahawan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) untuk memasarkan produk jualan mereka. MARI Mart adalah kolaborasi antara UDA dan TEKUN Corporation dan telah memasarkan 2,000 produk usahawan PMKS sejak 1 Januari lalu. Di samping itu, UDA turut mensasarkan untuk membuka dua (2) lagi MARI Mart dalam tahun ini bagi memperkasa aktiviti keusahawanan tempatan.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah YBhg. Datuk Zamri Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan) serta barisan pengurusan kanan UDA.

UDA HOLDINGS BERHAD
UDA Holdings Berhad (UDA) yang dulu dikenali sebagai Perbadanan Pembangunan Bandar (Urban Development Authority) telah ditubuhkan pada tahun 1971, kini merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).

Setelah lima dekad, UDA terus komited dalam mencorakkan, membentuk serta memodenkan bandar-bandar utama di Malaysia.

Kini, UDA adalah salah sebuah organisasi yang berdaya saing dan mampan di Malaysia dengan memfokuskan pada empat perniagaan teras iaitu pembangunan hartanah (UDA Property), penyedia perkhidmatan hospitaliti (UDA Ancasa), pengurusan aset/pusat beli-belah (UDA Mall) dan fasiliti (UDA Dayaurus).

UDA turut konsisten bekerja keras bagi memenuhi misi ‘Memperkasa Kehidupan Dengan Menyampaikan Produk dan Perkhidmatan Bernilai Terbaik’.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.uda.com.my.

“MEMPERKASA GAYA HIDUP LESTARI”

Sumber: UDA Holdings Berhad (UDA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan
Tingkat 6, Blok Menara, Kompleks Pertama,
Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur
Tel: +603 2730 8500 | Fax: +603 2731 2855

Nama: Latifah Osman (Lat)
Tel: +6012 291 5427
Emel: [email protected]

Nama: Nor Hanisah Kamaruzaman (Nisa)
Tel: +6013 597 4264
Emel: [email protected]

Nama: Mohamad Haziq Radhwan Mohd Yusoff
Tel: +6011 2412 0907
Emel: [email protected]

BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.