KPLB Sasar Capai 90 KPI 2022
Beliau berkata 90 program KPI yang dipilih mewakili lapan teras utama DPLB iaitu Modal Insan, Keusahawanan, Ekonomi, Prasarana, Sistem Penyampaian, Perumahan dan Pembangunan Wilayah, Belia, dan Wanita.
Beliau berkata sebahagian program yang dipilih sebagai KPI bagi 2022 adalah program baharu dan ada juga program yang telah dilaksanakan pada tahun-tahun sebelum ini.
Mahdzir berkata menerusi pencapaian KPI 2022, ia akan memberi manfaat kepada 950,000 masyarakat di luar bandar dan Orang Asli di seluruh negara.
“Walaupun program tersebut telah dilaksanakan, tetapi fokus kita pada 2022 ini adalah kepada hasil dan impak kepada masyarakat luar bandar dan Orang Asli,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mahdzir berkata KPLB juga akan memberi penekanan kepada mencari kaedah penyelesaian untuk menyegerakan pelaksanaan projek luar bandar mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
“Kita kini berada dalam era kepantasan media sosial dengan segala masalah rakyat disebarkan menerusinya dan memerlukan tindakan segera daripada kementerian,” katanya.
Beliau berkata Mesyuarat Hala Tuju Strategik KPLB 2022 yang diadakan di Pulau Pinang pada 9 hingga 11 Feb lepas bersetuju meletakkan batu asas pembentukan Kampung Sejahtera iaitu inisiatif terbaharu kementerian untuk program transformasi kampung.
“Bagi merealisasikan konsep Kampung Sejahtera ini, program di bawah semua sektor dan agensi KPLB perlu dilihat secara holistik,” katanya.– BERNAMA