Program Mahir Tutor Untuk Pelajar SPM Paya Rumput

KUALA LUMPUR, 12 Feb – Dalam usaha menyediakan pendidikan yang terbaik kepada para pelajar di kawasan Paya Rumput, pelbagai inisiatif akan dilaksanakan termasuklah Program Mahir Tutor, demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Rais Yasin.

Hari ini bertempat di SMK Abdul Malik, ADUnnya, Datuk Rais Yasin turun padang menyaksikan secara dekat serta merasmikan program berkenaan.

“Alhamdulillah pagi ini saya dapat merasmikan Majlis Perlancaran Program Mahir Tutor bagi DUN Paya Rumput yang diadakan di SMK Tun Abdul Malek.

“Matlamat utama penganjuran program ini adalah dikhususkan untuk menyediakan pendidikan berkualiti untuk pelajar di sekolah-sekolah di DUN Paya Rumput yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online.

Katanya lagi dengan kewujudan program seumpama itu inya akan memberi nilai tambah kepada para pelajar yang akan mengambil peperiksaan kelak.

“Saya berharap agar inisiatif ini dapat membantu anak-anak kita untuk menempa kejayaan dalam bidang perlajaran di masa hadapan.

“Saya juga berkesempatan melihat keadaan dewan SMK Tun Abdul Malek yang telah lama terbengkalai. Insya-Allah saya akan mengajukan perkara ini kepada pihak yang bertanggungjawab agar dewan ini dapat dibaik pulih dan disiapkan secepat mungkin.

“Terima kasih diucapkan kepada Dr Azam selaku Pengarah Pendidikan Melaka yang telah banyak membantu bagi mempermudahkan urusan majlis pada pagi ini.Terima kasih juga buat Tuan Mazlan, Sektor Pembelajaran PPD Melaka Tengah serta pelbagai pihak lain yang telah membantu untuk melancarkan usaha murni ini.

“Tidak ketinggalan pengasas Mahir Tutor Datuk Dr Ahmad Ramzi kerana sudi bekerjasama untuk melaksanakan inisiatif ini untuk anak-anak DUN Paya Rumput,” ujarnya.- UMNO

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.