Bubar DUN: Hasni Dijangka Menghadap Sultan Johor Petang Ini

JOHOR BAHRU, 22 Jan – Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad dijangka menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk mendapat perkenan baginda bagi pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, petang ini.

Hasni berkata beliau akan menghadap Sultan Ibrahim di Istana Bukit Serene pada 5 petang ini.

“Saya telah mendapat persetujuan daripada Ketua-ketua Bahagian (UMNO) untuk (diadakan) Pilihan Raya Negeri Johor.

“Saya akan mengadakan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri di Kota Iskandar sekejap lagi sebelum menghadap Tuanku,” katanya ringkas kepada pemberita di sini hari ini.

Hasni dijangka membuat sidang media pada 6 petang ini. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.