UMNO Terus Sepakat Bersama Rakyat, Khidmat Bukan Bermusim – Julisah

TAWAU, 19 Jan – UMNO merealitikan hasrat sentiasa bersama rakyat dalam apa-apa juga keadaan dan bukan bekerja atau berkhidmat kepada orang ramai mengikut musim.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Tawau, Julisah Mohamad Isah memaklumkan bahawa dalam situasi rakyat berdepan pelbagai kemelut pada ketika ini, kepimpinan UMNO di seluruh peringkat perlu mengambil peluang untuk mendekati rakyat dengan menawarkan pelbagai bantuan yang diperlukan.

“Kerana itulah pimpinan Puteri UMNO Sabah yang diketuai oleh Dr Fadila Sarbi turut aktif turun menyantuni rakyat dengan kami mengadakan program ziarah di Taman Saujana Ranggu, di sini.

“Lebih bermakna apabila program ini sebenarnya tidak ada dalam jadual gerak kerja kami namun dilaksana apabila Ketua Puteri UMNO Sabah ini melihat sendiri keadaan terkini jambatan Ranggu yang tentunya akan dapat diketengahkan kepada Ketua UMNO Sabah memandangkan beliau adalah Setiausaha Politiknya.

“UMNO sebenarnya sudah lama membawa naratif membantu rakyat dan sentiasa bersama masyarakat dalam apa sahaja situasi, malah itulah yang sentiasa kita lakukan sekarang,” katanya kepada UMNO Online.

Dalam masa yang sama, beliau menzahirkan penghargaan kepada anggota Puteri UMNO tempatan di samping Ketua Pergerakan Puteri UMNO Kalakabakan, Erlynah Aliamat yang turut bersama-sama menyertai gerak kerja terbabit.

“Puteri UMNO sentiasa cakna terhadap nasib rakyat dan kami tetap semangat dalam meneruskan khidmat,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.