Sharkar Raikan ‘Pahang Pride Kid’ Pertama Di Temerloh

KUALA LUMPUR, 17 Jan – Program Anak Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Kid) yang diumumkan kerajaan negeri itu semasa pembentangan Belanjawan Pahang baru-baru ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu bapa yang menimang cahaya mata.

Selepas ianya diumumkan pada pembentangan Belanjawan Kerajaan Negeri Pahang baru-baru ini, semalam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang yang juga Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Temerloh, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin turun padang menyerahkan wang sagu hati berkenaan kepada pasangan En. Muhammad Akashyah dan Puan Siti Rahimah di Temerloh.

“Bayi comel diberi nama Khadeejah Amelia merupakan anak kepada pasangan En. Muhammad Akashyah dan Puan Siti Rahimah merupakan bayi pertama diraikan dalam ‘Program Pahang Pride Kid’ di Parlimen Temerloh.

“Program Anak Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Kid) merupakan salah satu program yang ditawarkan di bawah Belanjawan 2022 Negeri Pahang,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Pimpinan UMNO bahagian yang lain turut bersama turun padang pada penyerahan  Program Anak Kebanggaan Pahang berkenaan.

Kata Sharkar lagi, program berkenaan adalah salah sati inisiatif yang ditawarkan oleh kerajaan negeri semasa pembentangan belanjawan Pahang 2022 baru-baru ini.

“Di bawah program Pahang Pride Kid ini, setiap bayi yang dilahirkan di Pahang akan menerima wang saguhati untuk kegunaan pembelian barangan penjagaan bayi dan ibu ketika berpantang dan simpanan masa depan.

“Semoga bayi yang lahir pada tahun 2022 ini menjadi kebanggaan keluarga dan Negeri Pahang di masa akan datang,” ujarnya.

Kerajaan Negeri Pahang menerusi Belanjawan 2022 Negeri Pahang telah mengumumkan dua bantuan khusus kepada pembangunan pendidikan anak Negeri Pehang iaitu Program Anak Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Kid) dan Kad Pelajar Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Student).

Untuk makluman, Belanjawan 2022 Negeri Pahang telah diumumkan pada 6 Disember 2022 dengan bertemakan ‘Kemakmuran Negeri, Manfaat Bersama, Rakyat Sejahtera.’ – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.