Kredibiliti Kepimpinan UMNO Dicemburi Pihak Lawan – Fadli Juanas

KUALA LUMPUR, 17 Jan – Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, Fadli Juanas mempersoal adanya segelintir rakyat mempertikaikan kredibiliti Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, kepimpinan tertinggi UMNO tahu bagaimana hendak menguruskan parti ke arah yang lebih baik dan mereka adalah orang lama yang bergiat dalam politik.

“Pemimpin Tertinggi UMNO bukannya pemimpin yang baru berjinak dalam politik tetapi sudah lama berkecimpung dalam politik.  Pemimpin UMNO tahu menguruskan parti lebih-lebih lagi Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah seorang yang tabah.

“Beliau telah menerima berbagai tuduhan yang dilemparkan namun saya yakin dan percaya Presiden adalah seorang yang kuat dan mempunyai strategi yang tersendiri untuk menangkis segala tohmahan,” katanya ketika ditemui UMNO Online baru-baru.

Tambahnya, strategi serta kekuatan UMNO dalam memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Pilihan Raya Kecil (PRK) selalu dicemburui oleh pihak lawan.

“Kekuatan dan strategi yang paling terkesan adalah memenangi PRN Melaka dan beberapa PRK lalu dan ini ternyata UMNO dicemburui oleh pihak lawan malah ada yang cuba membuat pergolakan di dalam parti.

“Saya yakin Presiden UMNO dapat membawa UMNO memenangi  pada Pilihan Raya Umum ke 15, dengan kemenangan yang besar,” katanya lagi. – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.