Teruskan Perjuangan Demi Agama Bangsa Negara, Tak Akan Mundur – Tengku Adnan

PUTRAJAYA, 16 Jan – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan bahawa perjuangan UMNO demi agama, bangsa dan negara mesti diteruskan biarpun banyak dugaan dan rintangan.

Katanya yang juga Ahli Parlimen Putrajaya, walaupun laluan dalam perjuangan bukan mudah tetapi semangat tidak akan luntur dan usaha meneruskan perjuangan juga tidak akan mundur.

“Moga Allah SWT permudahkan laluan perjuangan kita. Teruskan demi agama, bangsa dan negara.

“UMNO Bahagian Putrajaya tak pernah patah semangat, memang banyak cabaran dan tak mudah laluan tapi insya-Allah tak akan mundur,” katanya menerusi kenyataan pendek dalam laman facebooknya selepas mempengerusikan mesyuarat ahli jawatankuasa UMNO Putrajaya, semalam.

Ujarnya, mesyuarat tersebut adalah rutin biasa yang dilaksana dalam kepimpinan UMNO Bahagian Putrajaya bagi memastikan setiap apa yang diputuskan oleh dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang berlangsung baru-baru ini dapat terus sampai ke akar umbi.

Dalam masa yang sama, Tengku Adnan turut menzahirkan penghargaan kepada anggota akar umbi kerana terus memberikan sokongan untuk memantapkan perjuangan parti.

“Sokongan semua yang terus bersama parti amat kami hargai dan moga akan tetap bersama dalam berdepan macam-macam lagi dugaan menuju ke Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.

Mesyuarat UMNO Bahagian Putrajaya yang diadakan di Pejabat UMNO Bahagian Presint 15 berlangsung lancar.

Dalam mesyuarat ini, Tengku Adnan turut menegaskan kembali keputusan parti yang diangkat dalam MKT untuk terus teguh menyokong kepimpinan Perdana Menteri selaku Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob namun dalam masa yang sama kesiapsiagaan bagi mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 adalah keutamaan.

Apa yang penting katanya adalah kebersamaan UMNO bersama rakyat iaitu bukan hanya ahli-ahli parti tetapi juga mengenalpasti pengundi termasuklah pemilih baharu melalui gerak kerja yang dilaksana.

Dilaporkan, MKT UMNO telah memutuskan agar segala kesiapsiagaan dibuat bagi memastikan perjalanan parti berjalan dengan baik dalam membuat pelbagai program bagi menghadapi pengundi 18 tahun dan pengundi baharu yang jumlahnya sekitar 5.8 juta orang.

Selain itu, persediaan ke arah Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang bakal dilaksana Mac depan juga bibincangkan dengan kali ini kehadiran perwakilan ke adalah melibatkan kesemua 14 orang perwakilan setiap Bahagian tidak diadakan perhimpunan secara hibrid.

Dalam masa yang sama penekakan kepada SOP dengan mematuhi hal yang ditetapkan iaitu daripada segi penjarakan, pelitup muka, penggunaan Aplikasi Mysejahtera, sanitizer dan lain-lain. – UMNO Online