Akta KWSP 1991 Benarkan Pengeluaran Bagi Tujuan Kelangsungan Hidup Dan Akibat Pandemik COVID-19

Dalam perbahasan saya dengan YB Hassan Karim Ahli Parlimen PH/PKR Pasir Gudang dua malam lepas di Sinar Harian, selain hujah dan fakta ekonomi saya turut memberikan hujah perundangan dengan berkongsi Akta KWSP 1991, Seksyen 54 yang merupakan punca kuasa bagi pihak KWSP membenarkan pengeluaran caruman bagi tujuan membiayai kelangsungan hidup termasuklah bagi yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Bahagian VI

PENGELUARAN CARUMAN

Seksyen 54

Pengeluaran daripada Kumpulan Wang

(6) Walau apa pun subseksyen (1) dan tertakluk kepada subseksyen 59(2),Lembaga boleh membenarkan permohonan seseorang ahli Kumpulan Wang untuk mengeluarkan sebahagian daripada amaun yang ada pada kreditnya mengikut apa-apa terma dan syarat yang ditetapkan oleh Lembaga jika Lembaga berpuas hati bahawa

(k) ahli Kumpulan Wang itu memerlukan pembiayaan bagi maksud kelestarian hidup; [Mas. P.U.(A) 135/2020]

(l) ahli Kumpulan Wang itu memerlukan pembiayaan untuk menambah pendapatannya bagi maksud keberterusan hidup; dan[Mas. P.U.(A) 389/2020]

(m) ahli Kumpulan Wang itu memerlukan pembiayaan untuk menambah pendapatannya bagi maksud kelangsungan hidup disebabkan oleh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] untuk mengawal atau mencegah merebaknya Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19).[Mas. P.U.(A) 306/2021]

Maka tiada alasan jika Tengku Zafrul Menteri Kewangan masih keras berhujah bahawa kerajaan tiada punca kuasa mahupun mendahului takdir bahawa masa depan pencarum akan merana kerana bersara dalam keadaan di bawah garis kemiskinan.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kwsp-pengeluaran-tambahan-boleh-akibatkan-ramai-pencarum-bersara-di-bawah-garis-kemiskinan-zafrul-341750

Saksikan video penuh perdebatan di link:-

Facebook:

https://fb.watch/ax6XfrO0lD/

Youtube:

https://youtu.be/V1XPGq7QpZA

 

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.