Pengeluaran Caruman: Tahniah KWSP… Nak Seribu Daya… – Asyraf

KUALA KUMPUR, 12 Jan – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
mengucapkan tahniah kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mencatatkan pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM48.02 bilion bagi sembilan bulan pertama berakhir 30 Sept 2021 iaitu meningkat 7.7 peratus daripada RM44.60 bilion yang direkodkan pada tempoh yang sama 2020.

Oleh itu katanya, pengeluaran KWSP RM10 ribu buat kali terakhir yang diminta rakyat boleh dikhususkan kepada yang memang benar-benar memerlukan kerana implikasinya mungkin sekitar RM25 bilion sahaja sebagaimana i-Sinar dan i-Citra.

“Perlukah dicairkan aset-aset KWSP di luar negara yang berjumlah kira-kira RM356 bilion iaitu 36% daripada jumlah aset pelaburan KWSP iaitu RM988.55 bilion? Tak perlu.

“Kalau ikutkan, caruman bulanan yang KWSP terima adalah RM6.5 bilion. Setahun RM78 bilion. Setakat pusing yang ini pun sepatutnya lebih dari cukup. Tambahan lagi 4% dari portfolio KWSP iaitu RM39.5 bilion adalah dalam Pasaran Kewangan (Money Market). Fixed deposit, tunai, bil perbendaharaan dan lain-lain. Semua ni boleh dicairkan dalam masa singkat,” katanya dalam kenyatan berkaitan hal terbabit, hari ini.

Jika tidak pun, beliau mencadangkan agar ia boleh dilaksanakan sebagaimana cadangannya dalam forum sebelum ini iaitu

– Kerajaan boleh buat macam bank Pusat negara-negara lain buat untuk dokong polisi Fiskal Kerajaan iaitu guna Unconventional Monetary Policy.

– Kerajaan boleh arahkan Bank Negara Malaysia BNM menyerap atau membeli financial asset KWSP. Jadi KWSP tak perlu offload ke market. Bermakna kecairan dalam pasaran modal pun tak terjejas.
(Banyak bank-bank pusat di negara-negara maju seperti di UK, US, ECB (European Central Bank), Jepun, Australia bahkan di Indonesia juga mengambil tindakan sama iaitu apa yang disebut sebagai Unconventional Monetary Policy.

Dilaporkan, semalam KWSP dalam satu kenyataan memaklumkan telah mencatat pendapatan pelaburan kasar RM48.02 bilion bagi sembilan bulan pertama 2021 sementara jumlah pendapatan pelaburan kasar bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2021 pula mencecah RM13.97 bilion, lebih rendah daripada RM17.33 bilion yang direkodkan pada suku yang sama 2020. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.