Pengecualian Tiga Bulan Sewa Rumah PAKR – Wan Rosdy

KUANTAN, 7 Jan – Kerajaan Pahang bersetuju mengecualikan bayaran sewa rumah Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) selama tiga bulan bermula Januari ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Wan Rosdy menerusi kenyataan di sini semalam, berkata keputusan yang dibuat pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri semalam, turut melibatkan penghuni PAKR yang mempunyai tunggakan sewa.

Pengecualian sewa itu menurut beliau adalah bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa banjir termasuk penghuni PAKR yang terdiri daripada golongan B40.

Seramai 2,072 isi rumah akan menerima manfaat pengecualian itu menbabitkan kos sebanyak RM300,800 sebulan. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.