Pemimpin UMNO Cakna Nasib Rakyat … Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Memikul

JOHOR BAHRU, 6 Jan – Kepimpinan UMNO terus menerus cakna dengan nasib rakyat yang ditimpa pelbagai musibah iaitu bukan hanya berdepan penularan pandemik COVID-19, bencana banjir malah ada juga yang ditimpa kebakaran.

Hal ini direalitikan oleh Exco Kerajaan Negeri Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang bukan hanya merakamkan rasa dukacita malah lantas bertindak melaksanakan gerak kerja bagi memastikan mereka yang kehilangan tempat tinggal terbela.

“Seramai empat keluarga terkesan akibat kebakaran yang berlaku di Renggam DUN Layang Layang semalam.

“Ada yang ditempatkan di Balai Raya Sinari semalam dan ada yang bersama keluarga terdekat.

“Insya-Allah pagi ini saya akan usahakan penempatan sementara untuk mereka,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau yang juga ADUN Layang Layang mengucapkan terima ksih kepada pihak berkuasa dan anggota keselamatan yang banyak membantu.

“Terima kasih saya ucapkan kepada bomba, polis, JKM, pengulu dan ketua kampung yang membantu. Semoga dipermudahkan segala urusan,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.