Mohd Ashraf Mustaqim Dibidas… Ketinggalan Zaman, Tak Kaji Sebelum Buka Mulut

KUALA LUMPUR, 5 Jan – Tindakan Ketua Penerangan Armada, Mohd Ashraf Mustaqim yang memuat naik twitt menuduh Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan tidak ketengahkan idea bernas selepas dilantik Pengarah Ekonomi Perdana Menteri dibidas.

Ketua Pegerakan Pemuda UMNO Ipoh Barat, Muhamad Iqbal Jamal Jamaludin menganggap Mohd Ashraf ketinggalan zaman dan tidak mengkaji fakta sebelum bersuara.

“Usah sembang la. Jadi Ketua Penerangan Armada pun tak berfungsi sehingga ketua sendiri menjadi bahan lawak satu negara.

“Saya nasihatkan Ashraf Mustaqim elok mengkaji dengan lebih mendalam. Takyah ‘free free’ bagi rakyat nampak kurang cerdiknya ahli PPBM,” katanya menerusi kenyataan dalam laman facebooknya berkaitan isu terbabit.

Dalam hal ini Iqbal memberikan penerangan berkaitan idea yang dikemukakan oleh Shahril Hamdan iaitu:

Pertama, antara idea Shahril yang masuk ke dalam bajet:
1. JaminKerja: Skim Jaminan Pekerjaan bagi 600k individu.

2. Skim Mikrokredit: Pembiayaan Mikro kepada PMKS.

Idea-idea ‘bernas’ beliau memang ada dan masuk ke dalam Bajet 2022.

Kedua, pertanyaan mana belanjawan defisit fiskal? Ini la menunjukkan Ashraf Mustaqim langsung tak faham apa-apa tentang ekonomi kerana Belanjawan 2022 belanjawan surplus ke defisit? Tiada terbitan bon? Kerajaan tambahkan hutang sehingga sudah pun telah hit statutory debt limit 65%.

Ketiga, kerajaan telah beri bantuan tunai kepada mangsa-mangsa banjir minima 10k dan maksima 61k. Yang pasti, sesiapa yang terkesan banjir akan dapat sekurang-kurangnya 10k.

Keempat, nak perbetulkan sikit. Tan Sri Mahiaddin tidak melaksanakan apa-apa untuk pemulihan negara. Yang pergi merunding beli vaksin menteri UMNO, yang melaksanakan program vaksin menteri UMNO, yang dapat kredit dan pujian dari rakyat adalah menteri UMNO. Tak ada siapa pun yang beri kredit kepada Mahiaddin. Rakyat tahu yang menyelematkan negara ni dan meredakan keadaan adalah menteri UMNO.

Tegas Iqbal ia sebagaimana berlaku dalam banjir baru-baru ini apabila kepimpinan UMNO yang menjadi penyelamat.

“Macam banjir baru-baru ni. Menteri hampa yang jaga NADMA buat apa? Sampai MinDef, KPKT, KKM terus bergerak tanpa menunggu? Akhirnya, UMNO juga selamatkan keadaan,” tegasnya lagi. – UMNO Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.