Ketua Penerangan Wanita UMNO Sabah Antara Tiga Senator Angkat Sumpah Ahli Dewan Negara

KUALA LUMPUR, 22 Dis – Tiga Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim, hari ini.

Mereka ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh, Ketua Penerangan Wanita UMNO Negeri Sabah Noraini Idris dan Pengarah Eksekutif Berjaya Corporation Berhad Datuk Seri Zurainah Musa.

Nuridah adalah lantikan semula oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang berkuat kuasa mulai 29 Nov 2021 hingga 28 Nov 2024 manakala Noraini dan Zurainah masing-masing adalah lantikan baharu oleh DUN Sabah dan Yang di-Pertuan Agong.

Pelantikan Noraini berkuat kuasa mulai 10 Dis 2021 hingga 9 Dis 2024 manakala Zurainah mulai hari ini hingga 21 Dis 2024.

Ketiga-tiga mereka mengangkat sumpah sebagai Senator pada majlis yang berlangsung di Dewan Negara di sini. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.