PM Ismail Sabri Terima Kunjungan Hormat Blinken

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menerima kunjungan hormat Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony J Blinken di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini.

Ismail Sabri dan Blinken mengadakan pertemuan kira-kira setengah jam bermula 2.30 petang.

Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Blinken tiba di Malaysia malam tadi untuk memulakan lawatan kerja dua hari ke negara ini dan Kuala Lumpur adalah persinggahan kedua Blinken sempena lawatannya ke tiga negara Asia Tenggara.

AS mula menjalin hubungan diplomatik dengan Malaysia pada 1957.

Washington dan Kuala Lumpur kemudian meningkatkan hubungan dua hala kepada Perkongsian Komprehensif pada April 2014.

Antara Setiausaha Negara AS yang pernah melawat Malaysia ialah Mike Pompeo pada Ogos 2018, Rex Tillerson (2017), Hillary Rodham Clinton (2010) dan Condoleezza Rice (2006). – BERNAMA

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.