Pengundian Awal PRN Sarawak Bermula 7.30 Pagi

KUCHING, 14 Dis – Pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 (PRN12) yang melibatkan anggota dan pegawai polis serta tentera dan pasangan bermula 7.30 pagi ini.

Ia melibatkan 12,585 anggota dan pegawai tentera serta pasangan, dan 10,458 anggota serta pegawai polis dan pasangan.

Pengundian itu dijangka dilaksanakan sehingga 5 petang ini.

Sejumlah 349 calon bersaing dalam PRN12 dan Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan tarikh pengundian pada Sabtu ini. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.