PRN Sarawak: 349 Calon Bakal Berentap

KUCHING, 6 Dis – Proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 yang bermula hari ini menyaksikan seramai 349 calon layak bertanding dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong menjadi rebutan paling banyak calon iaitu lapan penjuru.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh berkata pertandingan enam penjuru berlaku di tujuh DUN, lima penjuru (24), empat penjuru (33), tiga penjuru (13) manakala satu lawan satu di empat kawasan.

“Daripada 349 calon layak bertanding, 304 adalah lelaki dan 45 lagi adalah wanita,” katanya pada sidang akhbar di Bangunan Sultan Iskandar di sini selepas proses penamaan calon tamat hari ini.

Terdapat kira-kira 1.2 juta pemilih berdaftar pada PRN Sarawak ke-12 yang mempunyai 82 kerusi.

Beliau berkata calon tertua pada pilihan raya itu berusia 79 tahun iaitu daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB) di DUN Bawang Assan manakala calon termuda berumur 24 tahun dari DUN Batu Lintang (PKR) dan DUN Nangka (Parti Bumi Kenyalang). – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.