Agong Berkenan Terima Menghadap Menteri Pengajian Tinggi, Menteri Pendidikan

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad di Istana Negara.

Istana Negara dalam kenyataan di Facebook memaklumkan pada sesi menghadap tersebut, Noraini telah mempersembahkan Watikah Perakuan Naik Taraf Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) sebagai Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UNIPSAS) kepada Seri Paduka.

Turut berangkat dan menyaksikan penyerahan watikah, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang juga merupakan Tuanku Canselor universiti tersebut.

Hadir sama, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pengajian Tinggi Dr Mohd Zabri Yusoff, Ketua Pengarah Pengajian Tinggi Prof Datuk Dr Husaini Omar dan Rektor KUIPSAS Prof Madya Dr Mohd Zawavi Zainal Abidin.

Dalam pada itu, pada sesi berasingan, Seri Paduka turut berkenan menerima menghadap Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Prof Datuk Seri Dr Awang Sariyan dan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP Md Johari Hasan. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.