‘Track Record’ BN Terbukti, Harap Jadi Pertimbangan Rakyat Melaka Esok – Suhaila

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Barisan Nasional (BN) telah membuktikan Melaka adalah lebih stabil dan baik ketika pemerintahan parti berkenaan sebelum ini.

Ketua Penerangan Wanita UMNO Selangor, Suhaila M. Zain berkata senario tersebut tentunya membolehkan rakyat Melaka dapat merasakan perbezaan tampuk pemerintahan.

“Justeru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka esok, gunakan hak anda sepenuhnya untuk memilih sebuah parti yang terbaik mewakili anda sekaligus menererajui kerajaan negeri,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online.

Kata beliau lagi, BN bukanlah sebuah parti yang sempurna namun segala-galanya jelas dan rakyat dapat melihat ‘track record’ selama ini.

“BN menampilkan 87 peratus muka baru. Muka baru pemimpin penerus BN sebagai parti yang kekal berjuang demi kebajikan rakyat seluruh Negara.

“Dan BN parti tidak sempurna. Tetapi matlamat BN jelas, perkongsian kuasa bersama parti komponen dalam BN jelas dan sepadu. Dengan rendah diri, saya memohon kepada semua pengundi Melaka, undilah BN,” ujarnya.- UMNO Online

Oleh: Azman Abas

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.