Dokumen Rancangan Malaysia Kedua Belas

KUALA LUMPUR, 12 Okt — Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) menunjukkan dokumen Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) selepas pembentangan rancangan tersebut di Persidangan Dewan Negara, Bangunan Parlimen hari ini. Turut sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed (dua, kiri) dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Eddin Syazlee Shith (dua, kanan).
Rancangan Malaysia dari 2021 hingga 2025 itu sebelum ini diluluskan di Dewan Rakyat Khamis lepas selepas dibentang pada 27 Sept lepas dan dibahas 106 Ahli Parlimen.
Ia yang menjadi landasan hala tuju pembangunan negara untuk lima tahun, selepas ini akan melalui sesi perbahasan Ahli Dewan Negara sebelum diluluskan di peringkat Dewan Negara. Foto–Jabatan Penerangan Malaysia

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.