COVID119: 73,000 Remaja Di Pahang Akan Divaksin Bermula Isnin

KUANTAN, 17 Sept – Pemberian vaksin COVID-19 kepada remaja di Pahang mulai Isnin ini akan melibatkan kira-kira 173,000 orang, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata selain remaja berusia 16 dan 17 tahun, turut menerima vaksin ialah mereka berumur 12 hingga 15 tahun yang mempunyai masalah kesihatan selain keutamaan diberikan kepada Orang Kurang Upaya (OKU), golongan rentan dan mereka dalam institusi pemulihan dan perlindungan.

“Selain pelajar sekolah menengah di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Pahang, pelajar daripada sekolah menengah agama negeri di bawah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan institusi pendidikan kelolaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) juga akan menerima suntikan tersebut.

“Mereka akan menerima suntikan di pusat pemberian vaksin (PPV) yang ditetapkan di bawah penyelarasan pejabat pendidikan dan pejabat kesihatan daerah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Rosdy berkata remaja terlibat juga perlu mengisi borang kebenaran ibu bapa atau penjaga sebelum dibenarkan menerima vaksin itu. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.