Meninjau Secara Maya Proses Pembayaran Bantuan Khas COVID-19

PUTRAJAYA 6 Sep– Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub berpeluang meninjau secara maya proses pembayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) fasa satu, yang dilaksanakan secara berperingkat menerusi institusi kewangan terpilih melibatkan peruntukan sebanyak RM3.1 billion.
Beliau juga berkesempatan bertanya khabar dengan penerima BKC di beberapa cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) termasuk di Sabah, Sarawak, Kelantan, Perlis dan Johor secara dalam talian untuk memastikan proses pembayaran bantuan itu berjalan lancar.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.