Meninjau Kerja-Kerja Baik Pulih

YAN, 6 Sept — Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini meninjau kerja-kerja baik pulih rumah milik Lutfi Amer Ali di Kampung Setol, Yan yang rosak teruk dalam kejadian banjir kilat Yan dan Merbok pada 18 Ogos lalu. Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM38 juta bagi memperbaiki infrastruktur yang rosak teruk akibat bencana kepala air di Yan dan Merbok.
Peruntukan tambahan itu membabitkan pembinaan rumah PPRT, baik pulih jalan kampung, membaikpulih titi dan jambatan, bekalan air alternatif dan menaiktaraf Loji Rawatan Air Tupah bagi menyedia akses bekalan air bersih dan terawat kepada penduduk yang terlibat

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.