Agong Berkenan Terima Menghadap Perdana Menteri Untuk Mesyuarat Pra-Kabinet Pertama

KUALA LUMPUR, 1 Sept – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mesyuarat pra-Kabinet yang pertama menerusi sidang video di Istana Negara hari ini.