Lebih Tujuh Dekad Wanita UMNO Jadi Tulang Belakang Kepada Kemajuan Dan Kesejahteraan Negara

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Tarikh 25 Ogos 1949 merupakan satu detik bersejarah apabila sayap Wanita UMNO mula ditubuhkan.

Kata Ketuanya Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, bermula detik itu, bermulalah perjuangan kaum wanita di negara ini untuk bersama-sama membentuk sebuah negara bangsa yang dikenali sebagai Malaysia.

“Hari ini, genap 72 tahun ia ditubuhkan. Maka sepanjang itulah lamanya wanita menjadi tulang belakang kepada kemajuan dan kesejahteraan yang sedang kita kecapi ketika ini.

“Percayalah dan yakinilah bahawa perjuangan dan pengorbanan ini akan diteruskan. Kerana Wanita hari ini mewarisi sebuah perjuangan yang panjang untuk agama, bangsa dan negara,” katanya dalam satu catatan di Facebook sempena hari ulang tahun Wanita UMNO yang ke-72 hari ini.

Sejak penubuhan hingga kini, seramai sembilan individu memimpin Wanita UMNO seperti Putih Mariah Ibrahim Rashid, Zainun Sulaiman (Ibu Zain), Khadijah Sidek, Tan Sri Fatimah Hashim, Tan Sri Aishah Ghani, Dr. Siti Zaharah Sulaiman, Tan Sri Rafidah Aziz, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan sekarang Noraini.

Kini Wanita UMNO mempunyai seramai 1.3 juta ahli berdaftar di seluruh negara. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.