‘Keluarga Malaysia’ Cerminan Sebenar Negara – Zambry

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan ucapan sulung Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengenengahkan konsep menepati matlamat BN yang meletakkan perpaduan dan keharmonian sebagai asas negara Malaysia.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Zambry Abd Kadir berkata dengan latar pelbagai bangsa, suku kaum dan agama serta wilayah, konsep Keluarga Malaysia adalah cerminan sebenar negara.

“Kita berharap ianya akan mengukuhkan perpaduan serta tekad seluruh rakyat untuk sama-sama menggembleng tenaga dan fikiran bagi memacu pertumbuhan Malaysia dan memperkasa kesejahteraan rakyat.

“Ucapan sulung Perdana Menteri itu, amat bertepatan dan diharapkan menjadi penyatu seluruh warga dalam menghadapi kemelut negara ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Barisan Nasiona tambah beliau lagil yakin, komitmen Perdana Menteri menjadi neraca yang baik untuk beliau memulakan langkahnya dalam menerajui pentadbiran negara di tengah-tengah cabaran pandemik COVID-19, kesuraman ekonomi dan kesukaran kehidupan sosial.

“BN akan terus memberikan komitmen mempertahankan kestabilan politik negara dan bersama-sama Perdana Menteri mengharungi cabaran semasa negara,” ujarnya.- UMNO Online

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.