Banjir Di Kedah: UMNO Teruskan Bantuan Salur Sumbangan Kepada Mangsa

ALOR SETAR, 23 Ogos – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan turun padang bagi bersama-sama membantu dan menyalurkan sumbangan kepada mangsa yang dilanda banjir susulan fenomena kepala air pada petang Rabu di Yan.

Beliau yang mewakili Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ibu Pejabat UMNO telah bersama dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dengan membantu menguruskan 400 beg makanan untuk mangsa di kawasan Jerai sementara 200 beg makanan untuk di Merbok, semalam.

Jelasnya, ada juga bantuan-bantuan lain daripada pelbagai pihak selain proses pembersihan masih di teruskan di kawasan terbabit.

Hadir sama ialah Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Datuk Rais Yasin; Ketua UMNO Bhg Merbok, Annuar Ahmad yang juga penerima bantuan; Ketua Bahagian Padang Serai, Datuk Asmadi Abu Talib; Ketua UMNO Bahagian Sik, Datuk Tajuddin Abdullah; Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Mahadi Abdul Syukor dan Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.