UMNO Pilihan Terbaik Memimpin Kerajaan… Depani Landskap Politik Hari Ini – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata yakinlah awan mendung yang melanda akan segera berarak, menipis dan sirna, jika UMNO bersatu dan kuat pasti bangkit.

Jelasnya, jika UMNO berjaya mendepani landskap politik hari ini UMNO akan kembali kukuh.

“We are the better option’ UMNOlah pilihan terbaik untuk kembali menjadi kerajaan sebelum atau selepas Pilihan Raya Umum (PRU)15.

“Maka itu perjuangan UMNO seterusnya adalah PRU-15 yang bakal diadakan selepas pandemik dapat terkawal matlamat yang sebenar.

“Tujuannya tiada selain demi agama, bangsa dan negara serta demi mengembalikan kemakmuran rakyat dan kegemilangan Malaysia,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk mengimbau kandungan ucapan pada Perhimpunan Agung UMNO kira-kira tiga tahun yang lalu yang diadakan selepas UMNO tewas PRU Ke-14 angkara fitnah.

“UMNO sentiasa bersedia memimpin kerajaan sekiranya apa-apa terjadi kepada kerajaan sekarang.

“Syukur Alhamdulillah dan terima kasih kepada seluruh pimpinan, ahli dan penyokong UMNO yang meyakini iltizam itu,” katanya lagi.

Tambah beliau lagi, apa yang dinyatakan pada hari tersebut telah pun dijadikan kenyataan pada hari ini.

“Syukur Alhamdulillah… Allah makbulkan segala doa dan hajat kita semua ahli UMNO dan kepada Allah kita berserah parti keramat UMNO sentiasa dilimpahkan Rahmat dariNya,” ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.