Pemuda Dan Puteri UMNO Terus Giat Bantu Mangsa Banjir – Dr Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – “Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya,” kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata demikian berikutan hari ini Sukarelawan Pemuda dan Puteri UMNO bersama Skuad Sabil meneruskan usaha memerah keringat bergotong-royong membantu mangsa-mangsa bencana ‘kepala air’ di daerah Yan.

“Di samping menghantar barangan makanan dan kelengkapan oleh Puteri UMNO, Pemuda dan Skuad Sabil pula membanting tulang membantu membersihkan rumah-rumah mangsa yang terlibat.

“Teringat peritiwa banjir besar berselut yang melanda Kelantan pada Disember 2015,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Untuk rekod, fenomena kepala air dan hujan lebat serta banjir lumpur di beberapa kawasan Yan menyebabkan tanah runtuh, kerosakan beberapa buah rumah, premis perniagaan, pusat pelancongan dan kawasan rekreasi.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.