Selamat Menjalankan Tugas Pak Long Mail, Semoga Dipermudahkan Segala Urusan – Zahida

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan berpandangan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada ketika ini merupakan suatu cabaran dengan krisis ekonomi dan kesihatan awam yang dihadapi negara ketika ini.

Namun begitu, beliau percaya bahawa Naib Presiden UMNO itu berupaya memulihkan negara ke arah landasan yang lebih baik.

“Alhamdulillah… kita merancang, namun Allah juga sebaik baik perancang. Sempurnalah Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Istana Negara, hari ini.

“Amanah selaku pemimpin nombor satu kerajaan sudah bermula namun sudah pasti kami yakin dan percaya beliau mampu menunaikan tanggungjawab sebaik mungkin..

“Sama sama lah kita rapatkan barisan di setiap peringkat demi rakyat demi negara. Selamat menjalankan tugas Pak Long Mail. Semoga dipermudahkan segala urusan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.