Usah Tuding Jari Kepada UMNO Tuduh Gila Kuasa – Shahril Hamdan

KUALA LUMPIR, 17 Ogos – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan menegaskan jika ada dalam kalangan PH yang hari ini menuduh UMNO gila kuasa, ia amat tersasar.

Ini kerana katanya, yang menang PRU ialah PH, tapi 22 bulan PH yang berpecah sendiri dan bukan UMNO yang pecahkan.

“Janji antara mereka dalam PH tak ditunaikan. Tiada kena mengena dengan UMNO.

“Sekarang kali kedua dalam penggal ini, ada kekosongan jawatan Perdana Menteri. Parti PH sesama mereka pun belum boleh pasti sepakat mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya dalam kenyataan berkaitan isu terbabit, hari ini.

Terangnya, pihak mana yang mampu sepakat maka pihak itu yang akan ada kelebihan.

“Tapi jika PH sesama sendiri tidak mampu sepakat, dan andai ditakdirkan calon PM dari parti UMNO yang mendapat cukup sokongan 111, PH yang mesti mengadili diri sendiri. Usah tunding jari kepada UMNO,” tegasnya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.